Siri 2- Bahasa Istana
Perkataan: berkenan
Maksud: bersetuju
Ayat: Baginda telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Budiman esok.
Perkataan: Berangkat
Maksud: pergi
Ayat: Sultan negeri itu akan berangkat ke Tanah Suci esok.
Perkataan: Bertitah
Maksud: berkata
Ayat: Dalam majlis itu, baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling-menghormati supaya perpaduan terus terpelihara.
Perkataan: bersiram
Maksud: mandi
Ayat: Tuan Puteri sedang bersiram dengan inang pengasuh di Taman.
Perkataan: bersemayam
Maksud: tinggal
Ayat: Baginda akan bersemayam di Istana Kayangan mulai 1 Februari 2011.
Perkataan: beradu
Maksud: tidur
Ayat: “Beta ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.
salam cikgu, minta kebenaran untuk saya gunakan bahan ini sebagai rujukan. terima kasih
ReplyDelete