Wednesday, March 30, 2011

Contoh Teks bahas: Perdana Menteri

Teks Bahas:

Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.


Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi,.”Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan “Industri” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan “mangkin” bermaksud unsur yang mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa “Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara” bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara konsesnsus.


Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya, selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah sedarkah pihak pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.



Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak wang negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perindustrian.



Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang keperluan kita sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,

Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,

Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan mangkin kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu eleman penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh oleh pihak pembangkang…..

(Sumber: http://agy7500.blogspot.com)

25 comments:

  1. mohon copy. dan terima kasih kerana sudi berkongsi. banyak membantu. :)

    ReplyDelete
  2. boleh tak cikgu buatkan teks untuk perdana menteri di bawah tajuk 'KEHIDUPAN DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH LEBIH BAIK DARI KEHIDUPAN DI SEKOLAH HARIAN'... sila emelkan ke nas.kamarudin@yahoo.co.uk .terima kasih!!!!

    ReplyDelete
  3. Cikgu,saya nak minta tolong cikgu buatkan teks bidas bertajuk "institusi pendidikan berperanan utama dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja"..cikgu boleh hantar dekat email saya syafiqahfatin2@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Cikgu, Sy mohon ambil contoh teks ini ya.. Saya nak guna utk rujukan team bahas sekolah Saya.. terima aksih Cikgu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu, saya nak minta tolong cikgu buatkan teks untuk perdana menteri dibawah tajuk ' HUKUMAN ROTAN MAMPU MENDISIPLINKAN PELAJAR '. Menarikkan tajuk yang diberi...Cikgu boleh hantar dekat email saya fa_iz116@yahooo.com. Terima Kasih Cikgu :)

    ReplyDelete
  6. cikgu bolehkah cikgu buatkan teks "ibubapa penentu kecemerlangan anak anak" kerajaan atau pembangkang.. emailkan ke azerin_08@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  7. teks ni banyak menolong bagi saya yang baru nak tahu pasal debaat ni. thank you

    ReplyDelete
  8. boleh tak cikgu buatkan teks untuk perdana menteri di bawah tajuk 'KEHIDUPAN DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH LEBIH BAIK DARI KEHIDUPAN DI SEKOLAH HARIAN'... sila emelkan ke mizzulhakimi@gmail.com thankss....

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu, cikgu ada contoh teks tajuk tinggal di asrama lebih baik dari tinggal di asrama.. kalau ada boleh cikgu tlg emailkan hsyahirah80@gamil.com..

    ReplyDelete
  11. salam cikgu, cikgu ada contoh teks tajuk tinggal di asrama lebih baik dari tinggal di asrama.. kalau ada boleh cikgu tlg emailkan hsyahirah80@gamil.com..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum cikgu, boleh tak cikgu buatkan isi untuk perdana menteri di bawah tajuk kebaikkan kafe internet dan keburukan kefe internet dan email kan kepada aqmarrafiq2801@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Assalam mohon bantuan cikgu untuk bantu saya buat teks PM di bawah usul aktiviti kokurikulum meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-murid

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cgu...cgu sya mohon pertolong cgu untuk membuat teks penyokong yang bertajuk 'DISIPLIN DIRI KUNCI KECEMERLANGAN'..sya harap cgu dapat tolong....cgu bleh email sya haliffhafid12@gmail.com

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum cg, minta cg buatkan teks utk mntri pertahanan. tajuknya malaysia perlukan superhero. tq cg

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam cikgu..saya mohon bantuan untuk teks bahas pengguna berperanan memacu ekonomi negara.. Bg teks kedua2 pihak.. Mohon sgt bntuan cikgu.. Email sy cgnuraida_mhdyusoff@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Assalam Cikgu tlong saye buat teks bahas bagi perdana menteri.saye sbgai kerajaan.saye punya tajuk mmbli brng dlm negara lbih baik drpd mmbli brng luar negara

    ReplyDelete
  20. Boleh tolong buat bagi perdana menteri...tajuk... Media sosial membawa keburukan..

    ReplyDelete