Wednesday, March 2, 2011

Fokus PMR 2011 - Huraikan biodata pengarang sebuah novel yang telah anda kaji.

Jawapan Soalan 3-Kajian Novel

Novel Meniti Kaca

Pengarang - Raja Sabarudin Abdullah.
Lahir - 21 Julai 1947
- di Beruas, Perak
Pendidikan - pendidikan rendah di Beruas,
- pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo-Chinese, Sitiawan, Perak.
- Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
- Universiti Sains Malaysia,
- Universtiti Kebangsaan Malaysia.
Kerjaya - guru sekolah rendah di Kuala Langat, Selangor.
- Penolong Kanan SMK Raja Shahriman, Beruas.
Karya - cerpen dan novel.
- antara novel beliau Anak Bekas Perajurit, Ke Mana Diri Hendak Dibawa, dan Meniti Kaca.

Novel Aku Anak Timur
Pengarang - Siti Aminah Haji Yusof
- Menggunakan nama pena Aminah HY
- Lahir pada 25 September 1945
- Di Temerloh, Pahang.
Pendidikan - pendidikan rendah dan menengah di Temerloh
- pendidikan tinggi di Universiti Malaya.
Kerjaya - menjadi guru selepas tamat pengajian.
- Pensyarah di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.
Karya - novel Biarlah Ia Berlalu, Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan, Jalur
Senja, dan Aku Anak Timur
Anugerah - Tempat pertama Peraduan Menulis Novel Pengembaraan (Aku Anak
Timur)

Novel Anak Din Biola
Pengarang - Maaruf Mahmud
- menggunakan nama pena Mas Merah
- Lahir pada 4 Disember 1920, di Hulu Yam, Selangor.
Pendidikan - sekolah Melayu di Hulu Yam
- Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Kerjaya - guru
- pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya - novel dan buku kanak-kanak
- antaranya Pelita Yang Menyala, Wira di Bumi Warisan, Berenang di Lautan Cetera, Anak Din Biola.
Anugerah - Tempat pertama Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II,
1982.

Novel Limpahan Darah di Sungai Semur
Pengarang - Zakaria Salleh
- menggunakan nama pena Kenari Biru, Teruna Kelana, Perwira Jaya.
- Lahir pada 13 Mei 1944, di Taiping, Perak
Pendidikan - mendapat pendidikan di Taiping dan Kuala Lumpur.
Kerjaya - berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Karya - pantun, sajak, cerpen, novel, skrip drama radio dan televisyen.
- antara novel beliau ialah Pahlawan Gubir, Malam Berapi di Kalabakan.
Anugerah - Pingat Ahli Mangku Negara (AMN)
- Pingat Perkhidmatan Setia.
- Pingat Perkhidmatan Am

Novel Pahlawan Pasir Salak

Nama pengarang novel Pahlawan Pasir Salak ialah Mohd Ismail Sarbini.
Lahir : - pada 5 Mei 1959
- Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Pendidikan : - sekolah rendah dan menengah di Klang
- melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh.
- Melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia.
Kerjaya : - menjadi guru lepasan maktab di Perlis.
- guru siswazah di SMK Methodist, Banting,
- guru pakar Bahasa Melayu di Kuala Langat.
Karya : - Novel, cerpen.
Novel Pahlawan Pasir Salak memenangi pertandingan peraduan menulis novel sejarah.

Novel Timulak Kapal Perang
Pengarang - Azmah Nordin.
- Lahir pada 10 Januari 1958
Di Kulim, Kedah.
Pendidikan - pendidikan rendah dan menengah di Kulim, Kedah.
Kerjaya - penulis sepenuh masa.
Karya - sajak, cerpen, dan novel.
Anugerah - Hadiah Sastera Malaysia 1988/89
- Hasiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA
- Hadiah Sastera Sabah 1993
- Hadiah Pertama Peraduan Menulis Sabah.


Novel Kapten Hassan Wira Bangsa
Pengarang - Harun Johari
- Lahir pada 9 November 1948
- Di Kampung Sungai Raya, Ulu Kelawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Pendidikan - Sekolah Menengah Ulu Kelawang,
- Government English School, Kuala Kelawang.
Karya - Novel Perajurit 709, Menggong, Pemburu dari Sarawak, Ahmad
Khalid – Dalam Memoir Seorang Pelukis

Novel Tragedi Empat Disember
Pengarang - Dzul Karnain Ithnain
- Lahir pada 10 Mac 1954
- Di Permatang Pasir, Muar, Johor.
Pendidikan - pendidikan rendah dan menengah di Muar
- Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Pendidikan di Universiti Putra Malaysia.
Karya - novel Catatan dari Laut, Ekspedisi Tanpa Rencana, Gerakan Tengah
Malam, Tragedi Empat Disember.

Novel Panas Salju
Pengarang - Talib Samat
- Lahir pada 13 Mac 1959, di Senggarang, Batu Pahat, Johor.
- Dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor.
Pendidikan - pendidikan rendah di SK Felda Ulu Tebrau.
- pendidikan menengah SMK Majidi Baru, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.
- Pengajian luar kampus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kerjaya - pernah menjadi buruh kasar di Johor Bahru
- penolong editor majalah Peneroka,
- pegawai perancang bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka
- Pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Karya - puisi, cerpen, esei, novel, skrip drama, sejarah, dan biografi.
Antara novel beliau ialah Mencari Keredaan-Mu, Gores-gores Kenangan, Panggilan Jihad, Panas Salju dan beberapa buah lagi.
Anugerah - Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor (1996)
Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1994.

Novel Ekspedisi
Pengarang - Mohd Ghazali Tocheh
- Lahir pada 7 Jun 1949
- di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.
Pendidikan - pendidikan rendah di Sekolah Umum Pilin.
- Pendidikan menengah di SMK Chembong, Rembau,
- Pusat Latihan Gurney bagi orang-orang cacat penglihatan.

Kerjaya - Penolong Penguatkuasa di Kementerian Pertanian, Kuala Lumpur.
- Pembantu Tadbir di Perbendaharaan Malaysia.
Karya - cerpen, skrip drama radio dan televisyen, novel.
- antara novel beliau ialah Dua Dunia, Dewi Puteri, Diari Dua Dunia, Simfoni Kasih, dan Ekspedisi.
Anugerah - Hadiah penghargaan Sayembara Menulis Skrip Drama.
- Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank.

Novel Kanang: Cerita Seorang Pahlwan
Pengarang - Maznan Nordin
- dilahirkan di Kuala Lumpur
Pendidikan - pendidikan rendah di Kuala Lumpur
- pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan.
- Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
- Sekolah Pertahanan Darat Amerika Syarikat.
- Sekolah Tentera Darat ABRI, Indonesia.
Kerjaya - anggota tentera
- berpangkat mejar.
Karya - sajak, cerpen, dan novel.
- novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan.

Novel Merdeka! Merdeka!
Pengarang novel Merdeka! Merdeka! ialah A. Rahman Hanafiah.
Lahir : 9 Oktober 1945.
di Bagan Serai, Perak.
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Bukit Chandan,
Sekolah Izzudin Shah, Ipoh,
Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.
Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga mendapat Doktor Falsafah.
Kerjaya : Guru
Pensyarah dan Profesor Madya di UKM.
Karya : cerpen, novel, esei, kritikan, skrip drama.
Novel Merdeka! Merdeka! memenangi Peraduan Menulis Novel Sejarah 1981.

No comments:

Post a Comment