Praktis 1 – akhiran –an
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) gerangan
(ii) berangan
(iii) barangan
(iv) larangan
(v) bayangan
(vi) kayangan
(Catatan: Untuk membina ayat di atas, anda hendaklah menggunakan Teknik Peluasan 5W1H seperti yang dijelaskan dalam bengkel TTB di Dewan Seri pada 14 Mac 2011). Sila hantar jawapan anda kepada En. Ghalib melalui e-mel agy7500@yahoo.com.my. Hadiahnya ialah RM10.00 jika semua ayat yang dibina menepati Teknik Peluasan 5W1H)
Tuan,
ReplyDeleteSaya hendak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Teknik Peluasan 5W1H?
Terima kasih.
Daripada,
KOH ZHI YANG, SMKTAR,Klang.
C'gu,boleh tolong terangkan Teknik Peluasan 5W1H.T.KASIH
ReplyDelete